Monday, 26 April 2010

KEHAMILAN KEMBAR

Kehamilan kembar secara amnya memberikan lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak. Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang meningkat melebihi 35 tahun, keturunan, pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika. Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah untuk mendapatkan kehamilan kembar berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara Barat berkulit putih. Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang dinamakan zigot. Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang berbeza komposisi genetiknya. Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada satu zigot saja yang kemudian terasing menjadi dua embrio kembar. Memandangkan kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio yang sama, bukan saja rupa mereka sama, jantinanya juga sama kerana mereka mempunyai komposisi percampuran genetik ibu dan ayah yang sama atau hampir sama. Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka masih berbeza. Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai kembar mono-zigotik. Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja, hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas). Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari pula tidak mengalami ovulasi dan berakhir dengan kedatangan haid. Dalam keadaan anda, pengambilan ubat kesuburan dijangka meningkatkan bilangan ovum pada sesuatu kitaran haid. Ovum ini mungkin akan mengalami ovulasi dan berpeluang untuk disenyawakan sperma suami. Lebih banyak ovum dihasilkan, lebih tinggi peluang kehamilan seseorang, namun lebih tinggi juga risiko kehamilan kembar sama ada kembar dua, tiga atau selebihnya. Kembar lapan (oktuplet) juga boleh berlaku, sama ada berasal daripada lapan ovum (menghasilkan lapan zigot) ataupun beberapa ovum menghasilkan beberapa zigot yang sama yang kemudian terpisah membentuk tambahan beberapa kembar seiras mono-zigotik. Doktor lazimnya akan memberi ubat kesuburan dalam dos yang sederhana saja (lazimnya mengikut usia), serta memantau bilangan telur yang besar oleh rangsangan ubat kesuburan terbabit supaya hanya sebilangan kecil saja telur yang diperoleh bagi meningkatkan peluang kehamilan dan pada masa sama, meminimumkan risiko kehamilan kembar. Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan permanian berhadas (IUI) serta menghalang persenyawaan secara menasihatkan pasangan menggunakan kondom ataupun bertukar kepada rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana, dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya untuk usia anda, hanya satu atau maksimum dua saja embrio (jika anda masih bertegas) akan dimasukkan, selebihnya akan dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau terpisah kepada dua lagi embrio. Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko kehamilan kembar mono-zigotik (seiras genetiknya). Namun, anda masih berpeluang sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa fizikalnya walaupun berasal daripada zigot berlainan, cuma masih berbeza komposisi genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada dilahirkan serentak secara kembar mahupun berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat dilihat pada sesetengah keluarga yang mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai abang atau kakaknya. Anda juga (seperti sesiapa saja wanita lain) masih boleh mendapat kehamilan kembar mono-zigotik jika embrio terbabit (walaupun hanya satu) terpisah kepada dua embrio sendirinya, bukannya disebabkan ubat kesuburan. Bergantung kepada masa embrio mono-zigotik ini terpisah, kembar yang terhasil boleh sama ada kembar berlainan uri dan kantung (jika pemisahan berlaku dalam masa dua hari awal), atau kembar berkongsi uri tapi berlainan kantung (jika pemisahan berlaku pada hari ketiga hingga kelapan selepas persenyawaan), ataupun kembar berkongsi uri dan berkongsi kantung (jika pemisahan embrio berlaku pada hari kesembilan hingga ke-12 selepas persenyawaan), ataupun kembar siam bercantum yang berkongsi uri dan kantung (jika pemisahan embrio berlaku selepas 12 hari persenyawaan). Kembar berkongsi uri memberi lebih risiko kepada janin memandangkan mereka ‘berebut’ bekalan daripada uri yang sama.

Friday, 5 February 2010

TEKANAN HIDUP

Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.


Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.


Menurut kajian tekanan itu juga boleh wujud sekiranya kurang sokongan orang terdekat dalam usaha untuk mara ke hadapan demi mencari kejayaan.Ini mungkin berpunca dari ketidak kepercayaan seseorang hanya kerana kenangan yang mempamerkan kelemahan ketika dulu.Namun mereka tidak mengerti bahawa manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja dan jika perlu kita harus menghulurkan bantuan dari sudut kemampuan walaupun hanya nasihat.keadaan ini boleh berkurangan kalau membuangkan sifat “bantah sebelum mula”.


Tekanan akan mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak waras untuk mendapatkan sesuatu seperti :-


-Membunuh-Amuk-Memukul/mendera-Merogol-Mencuri

Perkara diatas mungkin akan terjadi bila perasaan yang bermaharajalela dalam membuat keputusan kerana ketika itu pemikiran tidak dapat berfungsi untuk mencari jalan keluar yang terbaik disebabkan terhimpap dengan berbagai masalah.Adakalanya sesetengah melepaskan tekanan kepada orang lain seperti membebel dan mencari kesalahan disekelilng agar dapat melepaskan geram dihati.Untuk apa kita gembira kalau orang disekeliling menderita dengan sifat yang dikatakan tidak senonoh.Malah ada juga yang bercerita kepada kami bahawa dia terlalu tertekan untuk balik kerumah kerana tidak sanggup dengar ibu dan ayah yang sering bertengkar walaupun perkara dan topik pada mulanya hanya kecil sahaja.


Sifat-sifat yang boleh kita kenal pasti seseorang hadapi tekanan di peringkat awal :-

-Membebel-Berdiam / Menyendiri
-Memprotes-Marah yang keterlaluan
-Panas baran


Cara paling mudah untuk mengawal tekanan atau emosi ini haruslah sentiasa bersifat

-Berlapang dada dalam sesuatu masalah supaya jalan tenang dijumpai.
-Elakkan dari memaksa diri dan cuba tahu dimana kemampuan diri agar tiada yang terganggu.
-Banyakkan berdoa memohon pertunjuk dari ilahi dan bersulamkan usaha yang sihat.


Dengan zaman sekarang memang mudah untuk mendapatkan tekanan yang mungkin disebabkan cara hidup yang inginkan kelebihan tanpa memikirkan kelemahan.Memang tidak dinafikan ramai yang tidak sukakan kelemahan kerana ia akan membuatkan tiada kemajuan.Namun lakukanlah yang terbaik dengan sama adil pada ruangan minda dan emosi agar ketenangan bersama didalam kemajuan.


“Jangan lalai ketika mencari sehingga kecundang sebelum penamat”
“Mara dengan ketabahan agar muncul kejayaan bersama senyuman”
“Peduli apa yang dikatakan asal tahu dimana arahnya”

Friday, 29 January 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah diumumkan Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Senarai:


Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka


Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang


Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru


Ulasan: Sekolah menengah yang highlite tu sekolah I dan sekolah rendah tu sekolah anak2 I...hmm so proud!

Thursday, 21 January 2010

DERHAKA MODEN

Dizaman yang terlalu moden membuatkan ramai yang semakin kuno sehingga tidak mengenali manusia dan haiwan.Anak yang sanggup membuat orang tuanya seperti kucing kurap memang satu perkara yang boleh di kategori kurang ajar.Adakah ia faham lumrah kehidupan yang berputar seperti roda dan adakah ia sedar bahawa mata yang perhati disekeliling terutamanya anak dan isteri adalah manusia.Manusia yang masih dicipta oleh ilahi yang mempunyai perasaan dan nafsu.


“Wahai anak fahamilah isi hati orang tuamu kerana disitu ada barakah yang tertentu didalam kehidupan yang fana”

“Pandanglah orang tuamu dengan pandangan matahati yang bersih kerana disitu ada keindahan yang tidak ternilai dengan harta benda duniawi”


Mengapa kita tidak memahami perasaan mereka seperti mereka pernah memahami isi hati kita ketika dahulu.Semasa kecil kita bergantung harap pada mereka kekadang sekilas pandang mereka terlupa keroncong di perut.

Apalah kuasa kita untuk menghukum kelemahan mereka dengan menuding kesilapan yang dipanggil lumrah kehidupan bernama manusia.Sakitkah hati kita bila anak dan isteri atau suami yang kita sanjung dan taat itu memperlakukan kita seperti itu?

Sakit bukan, tetapi semasa itu perlulah tahu bahawa ALLAH itu lagi maha adil dan tiada yang akan terlepas dari hukuman samada di balas di dunia atau akhirat.


Tidak perlulah kita yang lemah ini mentafsir atau melakukan hukuman kerana sebelum itu perlulah kita cermin atau pandang atas bawah diri sendiri yang masih meminjam nafas dari ilahi.Diwaktu senang dan bahagia mungkin kita akan lagha dan leka dengan bendaan dan selokan manis namun bila dah tersungkur barulah kita akan sedar.


Ada juga yang sanggup membalas dendam kepada ibu tiri disebabkan bara yang tidak terpadam ketika kecil.Tapi mengertilah itu antara dia dengan ALLAH namun kita dengan ALLAH bagaimana,adakah sudah cukup bekalan? takutilah ALLAH kerana itu lebih mengukuhkan iman kita kepadaNYA agar kita tidak berani melakukan kesilapan terutamanya kepada orang tua sendiri.


Sememangnya ibu tiri itu ada yang dikategorikan jahat dan kejam namun mengapa memandang sudut negatif dan mustahillah tiada yang positif kerana ia telah dipilih oleh ayah sendiri untuk berkongsi hidup selepas kematian atau perpisahan ibu kandung.Anak yang kejam tidak pula di pertikaikan inilah namanya selagi dikatakan manusia memang tidak dapat lari dari kesilapan.


“Tuhanku…Aku tidak layak untuk syurgamu, Namun tidak pula sanggup menaggung seksa neraka mu, Oleh itu kurniakanlah keampunan kepada ku, Ampunkanlah dosa-dosaku..”Sesungguhnya ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar”.


Lihatlah bertapa ALLAH menyayangi hamba-hambanya walaupun ada yang hampir kepada kekufuran namun masih dibuka untuk bertaubat.Mahu dengan tak mahu sahaja merebut peluang itu.


Alahai apalah besar sangat kesilapan mereka yang dinamakan ibubapa dan mengapa kita mahu menambah dosa kepada ilahi dengan sekadar dendam yang disifatkan perangai syaitan iaitu sememangnya musuh islam.

Tambah sedih lagi bila si suami yang durjana sanggup melarang isterinya untuk berbaik atau datang menziarah ibubapanya atas alasan “tidak izin”.Aduhai kesian si isteri yang terperangkap dengan situasi namun itu takpe lagi ini pulak tidak diizin menghubungi sesiapa yang berkaitan dengan keluarga.Si isteri memanglah menjalankan tanggungjawab namun si suami dimana budi bahasa yang indah dan kewajipan sebagai pemimpin keluarga kerana memutuskan silaturrahim itu adalah salah satu dosa besar.


Berbaliklah kepangkal jalan selagi malaikat izrael belum menjalankan tugas kerana sedangkan terkena belahan pisau dijari secara tidak sengaja pun boleh menjerit apatah lagi azab seksa di sana.


Nota : Ulasan dari beberapa kejadian yang sering berlaku di masyarakat masa kini.Fahamilah kerana ada kebaikan di situ.


Petikan: Mahsuri.com.my