Thursday, 21 January 2010

DERHAKA MODEN

Dizaman yang terlalu moden membuatkan ramai yang semakin kuno sehingga tidak mengenali manusia dan haiwan.Anak yang sanggup membuat orang tuanya seperti kucing kurap memang satu perkara yang boleh di kategori kurang ajar.Adakah ia faham lumrah kehidupan yang berputar seperti roda dan adakah ia sedar bahawa mata yang perhati disekeliling terutamanya anak dan isteri adalah manusia.Manusia yang masih dicipta oleh ilahi yang mempunyai perasaan dan nafsu.


“Wahai anak fahamilah isi hati orang tuamu kerana disitu ada barakah yang tertentu didalam kehidupan yang fana”

“Pandanglah orang tuamu dengan pandangan matahati yang bersih kerana disitu ada keindahan yang tidak ternilai dengan harta benda duniawi”


Mengapa kita tidak memahami perasaan mereka seperti mereka pernah memahami isi hati kita ketika dahulu.Semasa kecil kita bergantung harap pada mereka kekadang sekilas pandang mereka terlupa keroncong di perut.

Apalah kuasa kita untuk menghukum kelemahan mereka dengan menuding kesilapan yang dipanggil lumrah kehidupan bernama manusia.Sakitkah hati kita bila anak dan isteri atau suami yang kita sanjung dan taat itu memperlakukan kita seperti itu?

Sakit bukan, tetapi semasa itu perlulah tahu bahawa ALLAH itu lagi maha adil dan tiada yang akan terlepas dari hukuman samada di balas di dunia atau akhirat.


Tidak perlulah kita yang lemah ini mentafsir atau melakukan hukuman kerana sebelum itu perlulah kita cermin atau pandang atas bawah diri sendiri yang masih meminjam nafas dari ilahi.Diwaktu senang dan bahagia mungkin kita akan lagha dan leka dengan bendaan dan selokan manis namun bila dah tersungkur barulah kita akan sedar.


Ada juga yang sanggup membalas dendam kepada ibu tiri disebabkan bara yang tidak terpadam ketika kecil.Tapi mengertilah itu antara dia dengan ALLAH namun kita dengan ALLAH bagaimana,adakah sudah cukup bekalan? takutilah ALLAH kerana itu lebih mengukuhkan iman kita kepadaNYA agar kita tidak berani melakukan kesilapan terutamanya kepada orang tua sendiri.


Sememangnya ibu tiri itu ada yang dikategorikan jahat dan kejam namun mengapa memandang sudut negatif dan mustahillah tiada yang positif kerana ia telah dipilih oleh ayah sendiri untuk berkongsi hidup selepas kematian atau perpisahan ibu kandung.Anak yang kejam tidak pula di pertikaikan inilah namanya selagi dikatakan manusia memang tidak dapat lari dari kesilapan.


“Tuhanku…Aku tidak layak untuk syurgamu, Namun tidak pula sanggup menaggung seksa neraka mu, Oleh itu kurniakanlah keampunan kepada ku, Ampunkanlah dosa-dosaku..”Sesungguhnya ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar”.


Lihatlah bertapa ALLAH menyayangi hamba-hambanya walaupun ada yang hampir kepada kekufuran namun masih dibuka untuk bertaubat.Mahu dengan tak mahu sahaja merebut peluang itu.


Alahai apalah besar sangat kesilapan mereka yang dinamakan ibubapa dan mengapa kita mahu menambah dosa kepada ilahi dengan sekadar dendam yang disifatkan perangai syaitan iaitu sememangnya musuh islam.

Tambah sedih lagi bila si suami yang durjana sanggup melarang isterinya untuk berbaik atau datang menziarah ibubapanya atas alasan “tidak izin”.Aduhai kesian si isteri yang terperangkap dengan situasi namun itu takpe lagi ini pulak tidak diizin menghubungi sesiapa yang berkaitan dengan keluarga.Si isteri memanglah menjalankan tanggungjawab namun si suami dimana budi bahasa yang indah dan kewajipan sebagai pemimpin keluarga kerana memutuskan silaturrahim itu adalah salah satu dosa besar.


Berbaliklah kepangkal jalan selagi malaikat izrael belum menjalankan tugas kerana sedangkan terkena belahan pisau dijari secara tidak sengaja pun boleh menjerit apatah lagi azab seksa di sana.


Nota : Ulasan dari beberapa kejadian yang sering berlaku di masyarakat masa kini.Fahamilah kerana ada kebaikan di situ.


Petikan: Mahsuri.com.my

No comments:

Post a Comment