Monday 20 July 2009

LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Bahasa Melayu standard: "Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."
Loghat Utara (kedah): "Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate): "Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
Jawapannya : Loghat pantai timur (kelate) adalah munasabah
SEBAB: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Friday 17 July 2009

Amazing Hole in The World


1. Sinkhole in Guatemala -These photos are of a sinkhole that occurred early this year in Guatemala . The hole swallowed a dozen homes and killed at least 3 people



2. Diavik Mine Canada - The mine is so huge and the area so remote that it has its own airport with a runway large enough to accommodate a Boeing 737. It looks equally cool when the surrounding water is frozen.



3. Mirny Diamond Mine in Serbia - I'm pretty sure most people have seen this one.. It's an absolute beast and holds the title of largest open diamond mines in the world. At 525 meters deep, with a top diameter of 1200 meters , there's even a no-fly zone above the hole due to a few helicopters having been sucked in.


4. Great Blue Hole in Be;ize - This incredible geographical phenomenon known as a blue hole is situated 60 miles off the mainland of Belize ...
There are numerous blue holes around the world, but none as stunning as this one.



5. Bingham Canyon Mine, Utah - This is supposedly the largest man-made excavation on earth. Extraction began in 1863 and still continues today, the pit increasing in size constantly. In its current state the hole is ¾ miles deep and 2.5 miles wide.



6. Glory Hole-Montecello Dam. California - This is the 'Glory Hole' at Monticello dam, and it's the largest in the world of this type of spillway, its size enabling it to consume 14,400 cubic feet of water every second



7. Kimberly Big Hole, South Africa - Apparently the largest ever hand-dug excavation in the world, this 1097 meter deep mine yielded over 3 tons of diamonds before being closed in 1914.











































JUST BEAUTIFULL...

Just Beautiful!!

What makes me weak? My fears.....

What makes me whole? My God.

What keeps me standing? My faith.

What makes me compassionate? My selflessness.

What makes me honest? My integrity.

What sustains my mind? My quest for knowledge.

What teaches me all lessons? My mistakes.

What lift's my head high? My pride, not arrogance.

What if I can't go on? Not an option.

What makes me victorious? My courage to climb.

What makes me competent? My confidence .

What makes me sensual? My insatiable essence.

What makes me beautiful? My everything.

What makes me a woman? My heart .

Who says I need love? I do.

What empowers me? My God & Me.

Who am I? I AM A PROUD STRONG WOMAN!

Thursday 9 July 2009

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat , krn itu bermakna kita cukup makan .

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Wednesday 8 July 2009

PPSMI- WAJAR DILAKSANAKAN ATAU TIDAK?

Hari ni..Kabinet akan umumkan sama ada PPSMI akan diteruskan atau tak..dah lama isu ini menjadi perdebatan. Sebagai orang yg terlibat dlm bidang pendidikan, bagi aku tak payah teruskan PPSMI..sedih melihat anak bangsa sendiri tidak dpt menguasai ilmu matematik dan sains itu sendiri..sebabnya tak reti BI. Anak2 pun pening..nak kena paham 2 benda ..mula kena paham BI..lepas tu nak paham ilmu tu plak..Caner tu? Anak2 pening..cikgu pening..mak bapak pening..kementerian pening...kabinet pening...
Apa yg kita nak kejarkan? Kepentingan untuk menguasai ilmu itu atau kepentingan berbahasa inggeris?Orang Iran tak pandai BI pun tp boleh cipta nuklear..sama mcm Jepun. Bg aku yg penting adalah anak2 paham dan boleh menguasai math dan sains dan juga ilmu2 yg lain...dah tentu anak2 ini lebih mudah paham dlm bahasa ibundanya...BI tu bole diajar sebagai bahasa kedua..silibus tu boleh diubahsuai spy anak2 bole cakap omputih..lebihkan speaking dr writing..Wallahua'lam

SELAMAT TINGGAL MJ


Berakhirnya hayat seorang yang bernama Michael Jackson..RAJA POP...mamat ni memang dahsyat...mempunyai bakat yg luar biasa...lagu-lagu yang best dan tentunya kisah hidupnye yg diselubungi kontroversi dan misteri...he is really a legend!

Rest In Peace!

Tuesday 7 July 2009

CITER LAWAK

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni rasa heran jugaktapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh"

KENALI WANITA MELALUI 4 UNSUR

WANITA BERSIFAT TANAH

Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September) Capricon (22 Disember-20 Januari)

- Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
- Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
-Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
-Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
-Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA BERSIFAT API
Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos) Sagittarius (23 November-21 Disember)
- Dilahirkan sebagai pemimpin
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
-Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA BERSIFAT ANGIN
Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober) Aquarius (21 Januari-19 Februari)
- Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA BERSIFAT AIR
Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November) Pisces (20 Februari-20 Mac)
- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
aku tanah..huhu...

Monday 6 July 2009

DOA KETIKA TERJADI PENYAKIT MENULAR


PETUA IMAM SHAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Cara Tidur
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit & Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.