Wednesday 28 January 2009

ITP KEHILANGAN SEORANG PELAJAR

Semalam 27hb Januari 2007, seorang pelajar ITP jurusan Pengurusan Harta Tanah semester 6 iaitu Mohd Zakaria Bin Mohd Khidir telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya berhampiran Tmn Istimewa, Kangkar Tebrau.
Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 9 pagi dan Arwah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah JB dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Arwah telah disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 petang. Jenazah telah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Bilik Mayat HSA dan jam 9.00 malam dibawa pulang ke Bangi untuk dikebumikan pada hari ini jam 9.00 pagi.
Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah
Kepada pelajar ITP sekalian...berhati-hatilah di jalan raya dan jaga diri!

2 comments: