Thursday 1 January 2009

BEKERJALAH DENGAN HATI YANG GEMBIRA

Hari ni 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharam 1430 masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru...ironinya bila tiba tahun baru tentulah masing-masing berazam membuat sesuatu yang lebih baik atau berubah.

So sempena tahun baru ni apa yang diharapkan dari rakan-rakan setugas di ITPYPJ adalah "BEKERJALAH DENGAN HATI YANG GEMBIRA"...So caner nak happy???

1) Selalu positif- setiap kali bangun dari tidur, sambut hari baru dengan fikiran yang positif. Hiasi wajah dengan senyuman dibibir nescaya aura positif yang ditanamkan dalam diri akan memudahkan kerja harian di pejabat.

2) Keutamaan - beri keutamaan terhadap tugas yang perlu didahulukan,lebih baik jika senaraikan kerja yang perlu dilakukan dahulu agar tidak terlupa.

3) Jangan bertangguh-lebih baik membiasakan diri melakukan kerja pada waktu terluang dari membuang masa begitu saja.

4) Hiburan ringan - Kerja..kerja juga tapi jangan biarkan beban kerja menghalang daripada bersosial atau menghirup udara segar. Bertukat maklumat seketika walau sekadar berkongsi cerita mengenai gossip artis dengan rakan sekerja dapat meringankan fikiran, mendengar muzik kegemaran atau minum secawan teh/kopi dapat membuatkan fikiran anda semakin segar.

5) Kemas+Bersih - Setiap kali sebelum pulang, luangkan masa 5-10 minit untuk mengemaskan meja dan hias meja mengikut citarasa masing-masing sebagai alat rehat otot mata di saat keletihan.

As for me...I enjoy my work! Tu sebab nampak cool n steady....

3 comments:

  1. Tips yang bagus...semoga kerja kita dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, semoga Tahun Baru ni membawa kita ke keadaan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya, diharapkan juga ITPYPJ akan mengalami perubahan yang baik dari segi akademik, teknologi, infrastrukture dan GAJI....
    AMIN.....

    ReplyDelete
  3. Ada lagi satu pasal bekerja HAPPY ni, 'think positif' pun kalau yang memikirkan tu cakap saje, orang lain yang kena buat tak leh gak.... :)

    Bukan kata Puan As, orang lain yang suka bercakap mcm bagus.... :)

    Apa-apa pun, Selamat Tahun Baru 2009..... :)

    ReplyDelete