By SAJAD HUSSEIN Bernama - Thursday, January 29KUALA LUMPUR, Jan 28 (Bernama) --
More than 10,000 Malaysians have lost their jobs since Jan 1, Malaysian Employers Federation (MEF) executive director, Shamsuddin Bardan, disclosed today.
He told Bernama that more were expected to be jobless in the days ahead as companies particularly in the manufacturing sector struggle to keep their businesses afloat.
In an urgent appeal to the government, he said it was of utmost importance for the second stimulus economic package to be released fast so that companies could know clearly where they stood.
The government released a RM7 billion economic stimulus package last month and Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had promised a second package soon.
Shamsuddin said the economic downturn this time was much worse than the one in 1997 because it was more widespread and involved the major parts of the world.
-- MORE
JOBLESS-JANUARY 2 KUALA LUMPUR
The situation he said was more critical as almost 600,000 local new job seekers were flooding the job market every year.
This comprised of university graduates, diploma holders, skilled workers and fresh school leavers.
Another factor that added to the woes of the jobless was the presence of 1.5 million to 2 million illegal foreigners who were also vying for the same jobs.
He said the MEF believed that the economic condition would take almost one to two years to improve.
"In the meantime, it would be best for the government to assist businesses and jobless Malaysians to tide over this bad times."
-- MORE
JOBLESS 3 (LAST) KUALA LUMPUR
He suggested that the government as a long term measure deal with the situation in the following way:
+ Repatriate all illegal workers to their country of origin
+ Replace legal foreign workers in stages with Malaysians
+ Freeze foreign recruitment
+ Give job priority to Malaysians.
He hoped that government would be firm and bold in instituting measures to face the economic reality the nation was now facing.
-- BERNAMA
SHK KHY HA
Nampaknya krisis ekonomi kali ini lebih teruk dari tahun 1997.If you all notice, this crisis would happened once every ten years and getting worst each time. Syukur la dapat kerja kat KPYPJ ni walaupun gaji naik 2, 3 tahun sekali tapi tak hilang kerja...soru x miss.Mana-mana tempat kerja pun mesti ada kekurangan dan kelebihan tapi yang paling penting SYUKUR ALHAMDULILLAH dengan apa yang kita ada. Ada yang lebih teruk dari nii...
Thursday, 29 January 2009
Wednesday, 28 January 2009
ITP KEHILANGAN SEORANG PELAJAR
Semalam 27hb Januari 2007, seorang pelajar ITP jurusan Pengurusan Harta Tanah semester 6 iaitu Mohd Zakaria Bin Mohd Khidir telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya berhampiran Tmn Istimewa, Kangkar Tebrau.
Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 9 pagi dan Arwah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah JB dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Arwah telah disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 petang. Jenazah telah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Bilik Mayat HSA dan jam 9.00 malam dibawa pulang ke Bangi untuk dikebumikan pada hari ini jam 9.00 pagi.
Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah
Kepada pelajar ITP sekalian...berhati-hatilah di jalan raya dan jaga diri!
Thursday, 15 January 2009
DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA?!!!
"World Military strength ranking"
1. United States
2. Russia
3. China
4. India
5. Germany
6. France
7. Japan
8. Turkey
9. Brazil
10. Great Britain
11. Italy
12. South Korea
13. Indonesia
14. Mexico
15. Canada
16. Iran
17. Egypt
18. North Korea
19. Spain
20. Pakistan
21. Australia
22. Saudi Arabia
23. Thailand
24. Argentina
25. Sweden
26. Israel
27. Greece
28. Taiwan
29. Syria
30. Philippines
31. Poland
32. Ukraine
33. Norway
34. Iraq
35. Libya
36. Venezuela
37. Lebanon
38. Nepal
39. Afghanistan
Persoalan:macam mana kalau kena serang?
"Top 10 Universities in Southeast Asia"
Berikut adalah kedudukan senarai universiti '10 Terbaik' di rantau Asia Tenggara berakhir July 2008.
1. National Univ. of Singapore, Singapore
2. Prince of Songkla Univ, Thailand
3. Chulalongkorn Univ, Thailand
4. Nanyang Tech. Univ, Singapore
5. Kasetsart Univ, Thailand
6. Mahidol Univ, Thailand
7. Asian Inst of Tech Thailand, Thailand
8. Gajah Mada Univ, Indonesia
9. Inst Tech of Bandung, Indonesia
10. Thammasat Univ, Thailand
Persoalan: Bodoh ke rakyat Malaysia ni...?
Selalu laungkan "Malaysia boleh"....boleh blahh! Lu fikir la sendiri!
Petikan: sukj.blogspot
1. United States
2. Russia
3. China
4. India
5. Germany
6. France
7. Japan
8. Turkey
9. Brazil
10. Great Britain
11. Italy
12. South Korea
13. Indonesia
14. Mexico
15. Canada
16. Iran
17. Egypt
18. North Korea
19. Spain
20. Pakistan
21. Australia
22. Saudi Arabia
23. Thailand
24. Argentina
25. Sweden
26. Israel
27. Greece
28. Taiwan
29. Syria
30. Philippines
31. Poland
32. Ukraine
33. Norway
34. Iraq
35. Libya
36. Venezuela
37. Lebanon
38. Nepal
39. Afghanistan
Persoalan:macam mana kalau kena serang?
"Top 10 Universities in Southeast Asia"
Berikut adalah kedudukan senarai universiti '10 Terbaik' di rantau Asia Tenggara berakhir July 2008.
1. National Univ. of Singapore, Singapore
2. Prince of Songkla Univ, Thailand
3. Chulalongkorn Univ, Thailand
4. Nanyang Tech. Univ, Singapore
5. Kasetsart Univ, Thailand
6. Mahidol Univ, Thailand
7. Asian Inst of Tech Thailand, Thailand
8. Gajah Mada Univ, Indonesia
9. Inst Tech of Bandung, Indonesia
10. Thammasat Univ, Thailand
Persoalan: Bodoh ke rakyat Malaysia ni...?
Selalu laungkan "Malaysia boleh"....boleh blahh! Lu fikir la sendiri!
Petikan: sukj.blogspot
SIAPA ISLAM? SIAPA YAHUDI?
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.
Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Petikan :Akhbar Utusan Malaysia - 14 Januari, 2009 - Rabu
Ditulis olehPengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem
Ditulis olehPengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem
Monday, 5 January 2009
PENGGANAS YAHUDI MENYERANG DUNIA
PENGGANAS YAHUDI MENYERANG DUNIA
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari kelapan Palestin diserang!.
KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN
OBJEKTIF SERANGAN
Petikan: zaharuddin.net
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari kelapan Palestin diserang!.
KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN
Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.
Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.
Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.
OBJEKTIF SERANGAN
Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)
Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.
Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.
YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST
Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.
YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST
Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.
BANTUAN TERPANTAS KITA
BANTUAN TERPANTAS KITA
La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya.
Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.
Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.
Petikan: zaharuddin.net
Thursday, 1 January 2009
BEKERJALAH DENGAN HATI YANG GEMBIRA
Hari ni 1 Januari 2009 bersamaan 4 Muharam 1430 masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru...ironinya bila tiba tahun baru tentulah masing-masing berazam membuat sesuatu yang lebih baik atau berubah.
So sempena tahun baru ni apa yang diharapkan dari rakan-rakan setugas di ITPYPJ adalah "BEKERJALAH DENGAN HATI YANG GEMBIRA"...So caner nak happy???
1) Selalu positif- setiap kali bangun dari tidur, sambut hari baru dengan fikiran yang positif. Hiasi wajah dengan senyuman dibibir nescaya aura positif yang ditanamkan dalam diri akan memudahkan kerja harian di pejabat.
2) Keutamaan - beri keutamaan terhadap tugas yang perlu didahulukan,lebih baik jika senaraikan kerja yang perlu dilakukan dahulu agar tidak terlupa.
3) Jangan bertangguh-lebih baik membiasakan diri melakukan kerja pada waktu terluang dari membuang masa begitu saja.
4) Hiburan ringan - Kerja..kerja juga tapi jangan biarkan beban kerja menghalang daripada bersosial atau menghirup udara segar. Bertukat maklumat seketika walau sekadar berkongsi cerita mengenai gossip artis dengan rakan sekerja dapat meringankan fikiran, mendengar muzik kegemaran atau minum secawan teh/kopi dapat membuatkan fikiran anda semakin segar.
5) Kemas+Bersih - Setiap kali sebelum pulang, luangkan masa 5-10 minit untuk mengemaskan meja dan hias meja mengikut citarasa masing-masing sebagai alat rehat otot mata di saat keletihan.
As for me...I enjoy my work! Tu sebab nampak cool n steady....
So sempena tahun baru ni apa yang diharapkan dari rakan-rakan setugas di ITPYPJ adalah "BEKERJALAH DENGAN HATI YANG GEMBIRA"...So caner nak happy???
1) Selalu positif- setiap kali bangun dari tidur, sambut hari baru dengan fikiran yang positif. Hiasi wajah dengan senyuman dibibir nescaya aura positif yang ditanamkan dalam diri akan memudahkan kerja harian di pejabat.
2) Keutamaan - beri keutamaan terhadap tugas yang perlu didahulukan,lebih baik jika senaraikan kerja yang perlu dilakukan dahulu agar tidak terlupa.
3) Jangan bertangguh-lebih baik membiasakan diri melakukan kerja pada waktu terluang dari membuang masa begitu saja.
4) Hiburan ringan - Kerja..kerja juga tapi jangan biarkan beban kerja menghalang daripada bersosial atau menghirup udara segar. Bertukat maklumat seketika walau sekadar berkongsi cerita mengenai gossip artis dengan rakan sekerja dapat meringankan fikiran, mendengar muzik kegemaran atau minum secawan teh/kopi dapat membuatkan fikiran anda semakin segar.
5) Kemas+Bersih - Setiap kali sebelum pulang, luangkan masa 5-10 minit untuk mengemaskan meja dan hias meja mengikut citarasa masing-masing sebagai alat rehat otot mata di saat keletihan.
As for me...I enjoy my work! Tu sebab nampak cool n steady....
Subscribe to:
Posts (Atom)