Sesiapa sahaja boleh berisiko untuk pengsan dan kadangkala pengsan ini akan berlaku secara tiba- tiba dan berlaku dimana-mana sahaja tanpa memberikan sebarang signal kepada pesakit.Pengsan ini disebabkan penyusutan sementara pengaliran darah ke otak.Terdapat pelbagai penyebab yang boleh mengakibatkan seseorang itu pengsan, antaranya ialah tekanan darah yang tiba-tiba turun,anaemia, dengupan jantung yang tidak menentu,serangan penyakit di otak, panas yang melampau,lapar, tekanan emosi, keletihan dan ketakutan yang melampau juga bolooeh mengakibatkan pengsan.
Apabila anda pengsan , darah yang bertakung dibawah badan akan mengurangkan darah untuk sampai ke otak dan ini akan membuatkan warna kulit berubah menjadi pucat dan denyutan nadi perlahan.Ada individu menerima tanda awal untuk pengsan iaitu seperti rasa mual, hendak muntah,kepala berpusing dalam keadaan masih sedar.Ada individu yang tiba-tiba sahaja terus pengsan tanpa ada tanda dan ini akan memudaratkan diri inidividu terbabit kerana mereka yang hilang kesedaran dengan tiba-tiba akan terdedah dengan bahaya contoh pengsan semasa membawa kereta atau berjalan di kawasan sesak dengan kenderaan.
Kita boleh membantu orang yang pengsan ini dengan cara yang betul iaitu kita boleh baringkan mangsa ,angkat dan ampu kaki tinggi dari kedudukan kepala bagi membolehkan darah sampai ke otak,pastikan udara sampai ke mangsa jangan beresak-esak mengelilingi mangsa dan apabila mangsa sedar dari pengsan terus bantu mangsa duduk perlahan-lahan. Kita juga boleh mencegah diri dari pengsan dengan cara minum air masak sebanyak mungkin, elakkan dehidrasi dan kepanasan,dan banyakkan garam mineral dalam makanan.
Penulis: Kepada rakan-rakan yang dah lama tak bersukan (termasuk gue), awas! time PESAYA baru nak training anda berkemungkinan boleh pengsan!
Kalau pengsan ada orang sambut takpe jugak, takut jatuh ter'pelap'! :)
ReplyDelete