Thursday, 22 October 2009

Tips Untuk wanita berumur 30-an kelihatan sihat

Kesibukan kerja dan urusan rumahtangga bagi seseorang wanita kadang-kadang menghlang seseorang wanita itu untuk menguruskan masa untuk diri sendiri.Lebih-lebih lagi jika wanita mempunyai anak-anak yang masih kecil.Oleh ebab alasan ini maka ramai wanita diluar sana mengambil sikap sambil lewa dalam penjagaan diri sendiri .Seharusnya di awal umur 30-an ini wanita sepatutnya mementingkan penjagaan diri dan akalu boleh mencuri sedikit masa untuk memanjakan diri sendiri.Dibawah ini adalah tips untuk wanita awal-30an mengekal kesihatan dan penampuilan diri :

1)Kawal cara pemakanan lebihkan makanan yang berserat tinggi sperti sayur,buah-buahan kurangkan makanan berlemak

2)Gunakan pelembab muka yang sesuai dengan muka kerana di awal 30-an muka kita memerlukan pelembab untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan,

3)cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari-jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa panjang kerana pendedahan yang lama bukan sahaja dapat mengelapkan kulit malah ia boleh menghilangkan kelembapan kulit dan membawa kepada kekeringan kulit.

4)Sentiasa bersenam mampu meningkatkan keupayaan diri sendiri dan kesihatan.Pastikan kita melakukan senaman 3 kali seminggu.

5)Minumlah air kosong dengan banyak setiap hari kerana gejalan penuaan dan kekeringan kulit boleh dilambatkan dengan memastikan kulit sentiasa lembab dengan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh badan kita.Air juga dapat membuang toksin dalam tubuh badan kita membantui proses penghadaman tubuh badan

6)Elakkan bermekap terlalu tebal dimuka wanita yang menjangkau umur 30an digalakan bermekap nipis dan sederhana sahaja kerana jika wanita berumur 30-an ini bermekap tebal dan memakai lipstik yang berwana merah menyala ini akan membuatkan wanita itu nampak tua dan garang

7)Bersikap positiflah dan selalu ceria dan menghabiskan masa bersama dengan yang tersayang akan membantu membina keyakinan diri dan menghilangkan stress terutama bagi wanita yang berkerjaya.

Hydrocele???

A week b4 raya...anak no 3..Hayqal disahkan mengalami "hydrocele"....d only ubat is operation. Never heard such penyakit b4..so mula la search internet cari....So nak tau apa kebendanya hydrocele tu..korang baca la kat bawah..A'way Hayqal pn dah dibedah and he's going to be ok.Syukur Alhamdulillah.
A hydrocele denotes a pathological accumulation of serous fluid in a bodily cavity.

A hydrocele testis is the accumulation of fluids around a testicle, and is fairly common. A hydrocele testis is due to fluid secreted from a remnant piece of peritoneum wrapped around the testis, called the tunica vaginalis. It can be the result of cancer, trauma (such as a hernia), or orchitis, and can also occur in infants undergoing peritoneal dialysis. It may be treated surgically. Hydroceles are usually not painful (neither are testicular tumors) and a common way of diagnosing them is by attempting to shine a strong light through the enlarged testicle. A hydrocele will usually pass light, where a tumor will not, but the diagnosis should be made by a physician.

Another related region (in females) which can have a hydrocele is the canal of Nuck.

In (mainly) third world countries, a hydrocele can be the result of a plugged inguinal lymphatic system caused by repeated chronic infection of Wuchereria bancrofti or Brugia malayi, two mosquito-borne parasites of Africa and S.E. Asia, respectively. As such the condition would be a part of more diffuse sequelae commonly referred to as elephantiasis, which also affects the lymphatic system in other parts of the body.

It can also be noted as a minor malformation of newborns due to an increased maternal blood lead level during pregnancy.

Wednesday, 7 October 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.
"Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.