Tuesday, 21 April 2009

MASALAH SERING PENGSAN

Sesiapa sahaja boleh berisiko untuk pengsan dan kadangkala pengsan ini akan berlaku secara tiba- tiba dan berlaku dimana-mana sahaja tanpa memberikan sebarang signal kepada pesakit.Pengsan ini disebabkan penyusutan sementara pengaliran darah ke otak.Terdapat pelbagai penyebab yang boleh mengakibatkan seseorang itu pengsan, antaranya ialah tekanan darah yang tiba-tiba turun,anaemia, dengupan jantung yang tidak menentu,serangan penyakit di otak, panas yang melampau,lapar, tekanan emosi, keletihan dan ketakutan yang melampau juga bolooeh mengakibatkan pengsan.

Apabila anda pengsan , darah yang bertakung dibawah badan akan mengurangkan darah untuk sampai ke otak dan ini akan membuatkan warna kulit berubah menjadi pucat dan denyutan nadi perlahan.Ada individu menerima tanda awal untuk pengsan iaitu seperti rasa mual, hendak muntah,kepala berpusing dalam keadaan masih sedar.Ada individu yang tiba-tiba sahaja terus pengsan tanpa ada tanda dan ini akan memudaratkan diri inidividu terbabit kerana mereka yang hilang kesedaran dengan tiba-tiba akan terdedah dengan bahaya contoh pengsan semasa membawa kereta atau berjalan di kawasan sesak dengan kenderaan.

Kita boleh membantu orang yang pengsan ini dengan cara yang betul iaitu kita boleh baringkan mangsa ,angkat dan ampu kaki tinggi dari kedudukan kepala bagi membolehkan darah sampai ke otak,pastikan udara sampai ke mangsa jangan beresak-esak mengelilingi mangsa dan apabila mangsa sedar dari pengsan terus bantu mangsa duduk perlahan-lahan. Kita juga boleh mencegah diri dari pengsan dengan cara minum air masak sebanyak mungkin, elakkan dehidrasi dan kepanasan,dan banyakkan garam mineral dalam makanan.
Penulis: Kepada rakan-rakan yang dah lama tak bersukan (termasuk gue), awas! time PESAYA baru nak training anda berkemungkinan boleh pengsan!

Friday, 10 April 2009

KABINET BARU

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak


TIMBALAN PERDANA MENTERI:Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)


Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak


MENTERI KEWANGAN II:Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN:Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:1. Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI:Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan


MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
Timbalan:1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin


MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe


MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman
Timbalan:1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

WANITA KURANG AGAMA DAN KURANG AKAL


KAUM wanita dikatakan kurang atau lemah akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional.

Ada sebuah hadith mengenai topik 'Kurang Agama Dan Kurang Akal' ini, di mana Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun.

Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal.
Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” (Muslim)

Huraian

Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu.

Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Melainkan sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.

Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

Friday, 3 April 2009

"PASAL DATANG KERJA"...untuk renungan

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
4 Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...
pengajaran :
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikanyang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seoranglelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..
Hasil Nukilan DR HM TUAH

TUJUH AYAT CINTA

1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.


Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Kepada Suraya Saim...terima kasih email ayat ni...boleh dikongsikan bersama pembaca