Wednesday, 11 March 2009

KETAWALAH SETIAP HARI

Pepatah Cina ada menyebut ketawalah sehari tiga kali dan anda tidak akan mati muda.
Kebenarannya tentang perkara ini tidak diketahui, tapi yang pasti sejak dahulu lagi memang diketahui ketawa akan dapat mengurangkan stress atau tekanan selain memberi kesan awet muda.
Ketawa dikatakan akan mendorong tubuh untuk berehat kerana semasa ketawa tubuh dirangsang untuk melepaskan hormon endorphin serotin dan melatonin yang merupakan kimia positif yang dihasilkan oleh tubuh.Keadaan ini akan menyebarkan perasaan tenang dan membuatkan otot tubuh mengendur.Oleh itu tidak hairan jika ketawa dikatakan sebagai bentuk meditasi dan juga kerehatan.
Selain itu dalam beberapa kajian yang dijalankan ketawa dikatakan membantu meringankan pelbagai penyakit serius yang berpunca dari stress seperti tekanan darah tinggi ,Diabetes dan berbagai lagi.Disamping menghilangkan stress ketawa juga telah dikenal pasti memberi berbagai lagi manfaat pada manusia.Oleh itu tertawalah setiap hari pada lawak-lawak yang diceritakan oleh teman anda saban hari.

Tuesday, 10 March 2009

SELAMAT HARI WANITA!

Tidak terlambat rasanya saya mengucapkan SELAMAT HARI WANITA (8 Mac ) kepada semua wanita di seluruh dunia.
Ada apa pada wanita?
Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri keistimewaannya tersendiri, dihiasi dengan sifat-sifat kelembutan yang bersesuaian dengan jiwa kewanitaannya.
Kelebihan dan keistimewaan yang telah Allah kurniakan kepada kaum wanita lebih berharga jika wanita mampu menjaga benteng dirinya seteguh insan bergelar lelaki dihiasi pula keimanan, ketabahan,kesabaran dan keteguhan peribadi
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki sekaligus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah SWT memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik.
Baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud " Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia". Siapakah mereka? Tunggu siri yang seterusnya....
MUTIARA KATA
NAFSU mengatakan perempuan itu cantik atas dasar RUPANYA...
AKAL mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIAN...
HATI mengatakan perempuan itu cantik atas dasar IMAN DAN AKHLAKNYA...

Thursday, 5 March 2009

Empat ciuman sehari panjangkan perkahwinan

LONDON: Penyelidik berjaya membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan dan ia membabitkan jurang umur dua tahun, empat ciuman sehari dan mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu.

Berkongsi dua hobi, memeluk pasangan tiga kali setiap 24 jam, mengucap ‘saya cintakan awak’ sekurang-kurangnya sekali sehari dan menikmati dua hidangan romantik dua kali sebulan juga boleh membantu memanjangkan usia perkahwinan.

Profil perkahwinan sempurna itu dikumpul oleh laman web perancang perkahwinan, www.confetti.co.uk. Lebih 3,000 pasangan suami isteri disoal selidik untuk mencari rahsia kejayaan mereka mempertahankan perkahwinan.

Jurucakap laman web itu, Carol Richardson, berkata: “Penyelidikan menunjukkan banyak komponen yang menjadikan perkahwinan itu sempurna, termasuk jurang usia yang sesuai, tempoh bercinta dan masa untuk berkahwin.

“Nampaknya, pasangan berkahwin pada usia lebih lanjut yang boleh dikaitkan dengan wanita lebih mementingkan karier, menyebabkan cinta dan perkahwinan jatuh nombor dua.”

Beliau berkata, jurang perbezaan usia untuk perkahwinan masih menetapkan lelaki perlu lebih tua berbanding wanita yang boleh dikaitkan dengan suami perlu stabil dari segi emosi dan kewangan.

“Selepas majlis perkahwinan berakhir, kajian menunjukkan betapa penting memastikan keajaiban itu terus hidup dengan ciuman, pelukan dan keluar malam bersama,” katanya.

Kajian mendapati perkahwinan paling lama bertahan membabitkan lelaki yang berkahwin pada usia 31 tahun - dua tahun dan tiga bulan lebih tua dari pasangan mereka.

Suami isteri juga perlu mengucapkan ‘saya cintakan awak’ kepada sesama sendiri sekurang-kurangnya sekali sehari dan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu. - Agensi

Bagi memastikan hubungan sentiasa ceria, pasangan suami isteri perlu keluar makan bersama dua kali setiap bulan dan memperuntukkan tiga malam seminggu berpelukan di atas sofa bersama.

Mereka juga perlu sentiasa berhubungan - walaupun ketika bekerja - menerusi sekurang-kurangnya tiga panggilan telefon, SMS atau emel.

Dua percutian hujung minggu mengejutkan setiap tahun dan sekali percutian di luar negara setahun juga memastikan perkahwinan sentiasa kukuh. - Agensi


Sumber: Berita Harian 5 Mac 2009

Ada kebenarannnya artikel ini...nape? Ta percaya ke? Tunggu apalagi...try la then you'll know!

Tuesday, 3 March 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Keberuntungan beramal dengan doa ini:-
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.