Dikatakan bahawa susunan falak dan buruj adalah seperti susunan manusia. Sebagaimana falak dibahagi menjadi 12 buruj, maka manusia juga mempunyai 12 lubang iaitu 2 lubang telinga, 2 lubang hidung, 2 lubang mata, 2 lubang jalan kotoran, 2 buah dada, 1 mulut dan 1 pusat. 6 buruj dari sebelah utara dan 6 dari sebelah selatan.
Demikian juga pd manusia 6 lubang, ada disebelah kiri dan 6 lubang disebelah kanan. Apabila dalam falak ada 7 bintang, dalam tubuh manusia juga ada 7 kekuatan iaitu pendengaran,penglihatan, perciuman, perasaan, penyentuhan, pemikiran dan pembicaraan.
Kerana itu maka gerak manusia adalah gerak daripada bintang-bintang. Lahirmu seperti terbitnya dan matimu seperti matinya, Ini adalah perumpamaan alam raya yang ada di atas.
Ada pula perumpamaan dengan alam bawah, maka jasadmu seperti bumi, tulangmu seperti gunung, otakmu seperti lombong, keringatmu seperti parit-parit, dagingmu seperti debu, rambutmu seperti pohon-pohon, mukamu seperti masyrik(timur), punggungmu seperti maghrib(barat), kananmu seperti selatan, kirimu seperti utara, jiwamu seperti angin, kata-katamu seperti hujan, marahmu seperti mendung, tidurmu seperti mati, jagamu seperti hidup, mudamu seperti musim panas dan masa tuamu seperti musim hujan
Maka Maha berkat Allah s.w.t dan Dia sebaik-baik pencipta dan Dia telah mencipta tangan yang ada di dalamnya 35 tulang dan pada telapak tangan demikian juga.
Wallahua'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment